Hajiji Menyokong Penuh Pelantikan Ismail Sabri Dan Hishammuddin

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Kanan sebagai sangat tepat.

Hajiji mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan beliau yakin ini mampu membantu Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 memandangkan kedua-dua pemimpin kanan UMNO itu mempunyai pengalaman dan peranan dalam pentadbiran negara.

“Kami percaya pelantikan ini akan mengukuhkan lagi PN dan pada masa sama membolehkan Malaysia memberi tumpuan terhadap usaha memerangi pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pelantikan Ismail dan Hishamuddin mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Sementara itu, sebagai Menteri Kanan, Hishammuddin akan mengambil alih kluster keselamatan yang mana sebelumnya dipimpin oleh Ismail Sabri serta beliau akan membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kedua-dua pelantikan berkenaan telah disembah maklum kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia untuk diperkenankan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat