Pilih PM Di Parlimen Bukan SD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilihan Perdana Menteri baru sewajarnya dipilih melalui Dewan Rakyat, ” kata Senator Yusmadi Yusoff.

Justeru kata beliau, hentikan langkah salah guna akuan bersumpah (SD) secara berleluasa.

“Moga pemilihan Perdana Menteri baru dibuat melalui Parlimen.

“Dewan Rakyat perlu menunjukkan contoh yang betul demi legasi masa depan demokrasi negara.

“Hentikan salah guna SD yang berleluasa,” ciap Yusmadi di Twitter.

Cadangan ini menyusul selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali gus mendesak beliau meletak jawatan.

Ketika ini di kediaman Muhyiddin sedang berlangsung mesyuarat berhubung keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas keputusan UMNO menarik balik sokongan kepada beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat