MAGERAN sepatutnya diguna pakai sejak awal tapi darurat diguna untuk tujuan lain – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sewajarnya telah diguna pakai pada ketika negara sedang melaksanakan darurat, tetapi ianya telah digunakan untuk mencapai ‘tujuan lain’,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian seusai sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas pertemuan satu jam.

“Kita tidak bincangkan soal MAGERAN.

“Darurat sepatutnya mencakupi soal ini (MAGERAN) tapi ianya telah digunakan untuk mencapai tujuan lain,” ujar Zahid.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, cadangan itu dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kejayaan penubuhan MAGERAN pada 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, menyelesaikan masalah politik dihadapi ketika itu dan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Selain itu, katanya, badan seperti MAGERAN lebih mampu memastikan jumlah jangkitan dan kematian ketika ini berkurangan kerana ia bukan saja dibarisi ahli politik, malah teknokrat seperti pakar epidemiologi dan seumpamanya.

/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat