UMNO Senada Pembangkang Desak Parlimen Dibuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan semua pemimpin pembangkang mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka semula Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu beliau telah dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang telah dijuga dititahkan kepada Presiden-presiden parti politik yang lain.

“Perbincangan dengan Tuanku menjurus kepada beberapa perkara yang sentuh mengenai kepentingan rakyat. Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku tentang pendirian UMNO, terutamanya kami telah bentangkan kepada Tuanku untuk darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara.

“…dan ternyata tanpa darurat pun dahulu kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan dengan pandemik Covid-19,” ujar beliau.

Zahid berpendirian Parlimen wajar bersidang.

Katanya, ini bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan dan wujud elemen akauntabiliti dan semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan dengan pentadbiran negara.

“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan dengan kepentingan mereka seperti tuntutan moratorium, kenaikkan harga barang yang mendadak, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan untuk semua yang tidak terhad kepada B40 sahaja tetapi membangkitkan dan libatkan kumpulan M40, malah dikalangan T20 juga turut terjejas.

“Maka kita rasakan bahawa aspek ekonomi sama ada foreign direct investment (FDI) yang telah dilokasikan di negara-negara jiran tetapi yang lebih penting lagi domestic direct investment yang harus digalakkan dengan pelbagai insentif daripada pihak kerajaan,” kata beliau.

Ujar Zahid, UMNO juga membawa suara rakyat yang rata-rata resah dan gelisah dalam menghadapi pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan mata pencarian dan pendapatan ekonomi mereka.
//

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat