- Advertisement -
Sebelum ini, Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan kini animasi Upin & Ipin telah ditayangkan di Netflix di United Kingdom (UK) dan Australia sejak 7 April 2021.
Menurut laporan, Pengurus Pemasaran Antarabangsa syarikat produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karya Budi Mohd Aris, mengatakan tawaran Netflix UK dan Australia itu dianggap suatu justifikasi bahawa Upin & Ipin adalah sebuah karya bermutu.
Akan tetapi, Budi kurang pasti sama ada Upin & Ipin adalah karya animasi tempatan pertama yang dipilih platform penstriman itu. Siri Upin & Ipin yang disiarkan Netflix UK dan Australia adalah dari musim kelima sehingga kelapan selain musim 11 dan 12.
The Vocket