‘Senarai nama memang tidak akan didedahkan, saya akan terus tangkap’ – Ayob Khan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Senarai nama anggota dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, disyaki diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, tidak akan didedahkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada ramai lagi anggota dan pegawai pihak berkuasa itu yang bersekongkol dengan geng itu.

Katanya, jangkaan berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan forensik dan barangan rampasan yang dibuat ke atas kes terbabit.

“Tunggulah… benda (kes) ini tidak statik kerana daripada soal siasat kita, ia akan berkembang.

“Yang pasti lebih ramai bukan setakat 34 orang (anggota dan pegawai polis) saja. Senarai nama memang tidak akan didedahkan, saya akan terus tangkap.

“Tak guna saya keluarkan senarai dan kongsi pada semua, nak buat apa?. Saya pasti bila (siasatan) lengkap nanti tangkapan akan dibuat, tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman masih menunggu senarai nama anggota dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan Geng Nicky.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya, dilaporkan berkata pihaknya memerlukan senarai itu daripada polis Johor, sebelum mengambil tindakan lanjut, termasuk merakam keterangan dan tindakan jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin.

Ayob Khan berkata, polis Johor sudah membuktikan kejayaan dalam mengambil tindakan terhadap jenayah terancang.

“Di Johor kita sudah buktikan, kita sudah tangkap 24 anggota dan pegawai penguat kuasa menerusi Op Benteng dan mereka sudah didakwa di bawah jenayah terancang.

“Inilah format yang akan saya gunakan dalam kes membabitkan kumpulan Geng Nicky. Keutamaan tindakan tata tertib adalah paling akhir sekali dan saya tidak akan serah (senarai nama) kepada JIPS untuk diambil tindakan,” katanya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat