Menteri garu kepala, netizen ‘locked’ barang kabinet

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menarik perhatian apabila barang-barang perhiasan kabinet di rumah beliau dibida para netizen.

Ia susulan daripada kabinet yang berada di belakang menteri ketika sidang media itu dipenuhi dengan barang-barang yang menarik perhatian mereka sehingga ada yang cuba berjenaka dengan membuat tawaran untuk membelinya.

“Mula-mula kawan kasi tau ‘banyak barang di kabinet Datuk Seri kena locked’. Sebagai orang tua seperti saya, tergaru-garu kepala saya bila sebut lock sebab saya tak faham (kerana) itukan bahasa org muda.

“Bila kawan saya explain barulah saya faham, tergelak besar saya. Sesungguhnya netizen mempunyai idea yang sangat kreatif & sentiasa menghidupkan suasana,” katanya.

Ismail melalui laman Instagram sebentar tadi turut memuatnaik tangkap layar komen-komen yang dilontar oleh mereka.

Sebelum ini, sidang media yang dilakukannya turut menjadi perhatian netizen apabila koleksi baju batik yang dipakai turut disamakan dengan makanan dan minuman.

Kini barang-barang perhiasan di rumahnya pula menjadi tumpuan para netizen yang setia menonton sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara kita.

“Dulu baju-baju saya jadi kek kueh & minuman. Kini lock or bida barang-barang di kabinet saya.

“Terima kasih kepada semua netizen yang sentiasa peka dengan sidang media saya. Terima kasih semua netizen kerana sentiasa menceriakan dan membuat saya gembira,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat