Dr Zulkifli Dibenarkan Keluar Dari Hospital

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dibenarkan keluar dari wad petang ini setelah disahkan pulihnya sepenuhnya daripada Covid-19.

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19,”

“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikkan,” tulis beliau dilaman facebooknya.

Walaubagaimanapun menurut Dr Zulkifli, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan dirinya untuk berehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa, sebarang pertemuan adaah melalui sidang video sahaja,”

“Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama dibawa tanggungjawab saya dari rumah, apa-apa makluman akan disampaikan melalui media sosial belia,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, beliau berkata ianya akan menjadi fokus utama kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan secepat yang mungkin.

Terdahulu pada 05 Oktober lepas, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu bahawa beliau sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang beliau dijangkiti dan disahkan positif. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat