Keputusan biro politik bukan keputusan rasmi parti – Tajuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempertikai tindakan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan keputusan mesyuarat biro politik.

Tajuddin berkata, hasil mesyuarat biro politik tidak boleh diumumkan kerana ia bukan keputusan muktamad parti itu.

Katanya, keputusan mesyuarat biro politik perlu dibawa ke mesyuarat MT parti itu untuk diputuskan terlebih dulu.

“Keputusan perbincangan biro politik adalah keputusan biro politik, bukan keputusan parti.

“Ia perlu dibawa ke dalam mesyuarat MT UMNO terlebih dulu untuk diputuskan, bila MT sudah buat keputusan baru jadi keputusan rasmi.

“Apa yang beliau tak sabar-sabar buat kenyataan media?” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat biro politik UMNO yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.

Mesyuarat biro politik UMNO malam tadi antara lain membuat pertimbangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya syarat mereka tidak dipenuhi.

UMNO akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat