SEBUAH pesawat Etihad, syarikat penerbangan milik negara UAE, mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion Tel Aviv pada Selasa – kejadian pertama kali seumpamanya pernah berlaku berikutan ketiadaan hubungan diplomatik antara UAE Dan Israel.
Menurut Al-Jazeera, penerbangan itu bertujuan menghantar bantuan kemanusian seberat 14 tan bertujuan melawan wabak Coronavirus ke Palestine.
Biasanya negara yang tidak nempunyai hubungan diplomatik dengan Israel akan menggunakan negara ketiga untuk menyampaikan bantuan kepada Palestine.
Etihad dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun kerajaan UAE tidak memberikan apa-apa ulasan mengenai perkara berkenaan.
Bagaimanapun, ia dilihat sebagai menandakan permulaan satu bentuk hubungan kerjasama antara 2 negara yang berkongsi perseteruan sama dengan Iran itu. Khabar angin mengenainya (keriasama) telah tersebar sejak sekian lama.
Dua pihak berkuasa Palestine di Tebing Barat dan Gaza bagaimanapun menafikan mereka ada sebarang pengetahuan tentang bantuan dari Abu Dhabi itu.
Baik Tebing Barat mahupun Gaza, tidak mempunyai lapangan terbang, justeru kebanyakkan kargo menuju Palestine perlu melalui Israel.
– SuaraTV