Data negara mesti selamat sebelum era kuantum tiba – Menteri Komunikasi

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mahu menunggu sehingga terlambat dan negara kini mula mengatur langkah untuk beralih kepada teknologi keselamatan kuantum, sebelum pengkomputeran kuantum benar-benar menguasai pasaran dunia.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, isu migrasi kuantum dan komunikasi selamat berasaskan kuantum kini menjadi antara tumpuan utama banyak negara.

Menurut beliau, sebaik sahaja teknologi pengkomputeran kuantum mula digunakan secara meluas, ia akan memberi kesan besar kepada sistem kriptografi dan penyulitan data yang diguna pakai pada hari ini.

“Tidak lama lagi, pengkomputeran kuantum akan mula wujud dalam pasaran dan ini akan menjadi cabaran besar, terutama bagi apa yang disebut sebagai kriptografi dan penyulitan untuk pastikan data kita sentiasa selamat,” katanya.

Hal demikian, bagi menghadapi cabaran itu, Fahmi berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta syarikat-syarikat telekomunikasi.

Jelas beliau, perbincangan itu bertujuan untuk melihat bagaimana semua pihak boleh bekerjasama, termasuk mewujudkan ruang penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus bagi mempercepatkan pelaksanaan migrasi kuantum di negara ini.

“Malaysia sedang pertimbang untuk percepatkan proses migrasi kuantum dalam negara kita.

“Saya telah meminta supaya MCMC berhubung dengan MKN, NACSA dan berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagaimana kita boleh bekerjasama mewujudkan ruang untuk R&D bagi melaksanakan penghijrahan kuantum yang lebih pantas dan lebih selamat,” katanya di Doha.

Selain teknologi kuantum, lawatan Fahmi ke MWC Doha turut memberi peluang kepada beliau untuk melihat lebih dekat pelbagai inovasi teknologi terkini.

Antaranya termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin diintegrasikan dalam perkhidmatan bandar pintar serta aspek keselamatan.

Secara ringkasnya, migrasi kuantum adalah proses menaik taraf sistem keselamatan digital sedia ada kepada teknologi penyulitan baharu yang mampu melindungi data daripada ancaman pengkomputeran kuantum pada masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat