Jaga Kroni Punca Mukhriz Tumbang Di Kedah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mendedahkan, pihaknya membuat laporan kepada pihak polis dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
ketika menyandang jawatan itu.

Beliau yang memaklumkan perkara itu kepada SuaraTV bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sebenar beliau bagi mengelakkan sebarang ancaman terhadap
dia dan keluarganya berikutan pendedahan yang dibuat.

Laporan tersebut dibuat ke atas Mukhriz yang didakwanya meluluskan satu projek terhadap kroni kepada anak bekas perdana menteri itu tanpa
saluran tender terbuka, sebaliknya memberikannya secara rundingan terus dan tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak terlibat berkenaan
projek berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, beliau turut menyertakan salinan surat daripada Mukhriz kepada Datuk Hj. Subhi Bin Hj. Dziyauddin, sebagai Pengerusi Petrobanq Group.

“Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk, saya telah meneliti cadangan pembangunan bagi maksud di atas.

“Sehubungan itu, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya tiada ketegahan dan memberi kebenaran kepada pihak Yang Bebahagia Datuk dalam penyediaan perkara-perkara berikut:

1. Kajian kemungkinan dan kesesuaian tapak
2. Pelan induk pembangunan MTIEL
3. Permohonan kebenaran merancang yang menepati garis panduan Rancangan Fizikal Negara (RFN) Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT).

“Adalah diharapkan agar cadangan pembangunan ini akan mencapai maksudnya serta dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.”

Tambah pemimpin tersebut, sikap Mukhriz dalam pembahagian projek seperti ini juga antara punca Mukhriz melahirkan musuh politik di kalangan ADUN dalam kerajaan negeri yang dipimpinnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat