Britain Guna Anjing Kesan Coronavirus Di Lapangan Terbang

- Advertisement -

BRITAIN: Anjing Pengesan bukan sahaja digunakan untuk mengesan barangan haram di lapangan terbang, anjing juga sekarang boleh dilatih untuk mengesan penyakit berkaitan pernafasan seperti Coronavirus.

Ini yang berlaku di Britain bila 6 ekor anjing, masing-masing jenis Labrador dan Cocker spaniels; Yang turut digelar ‘The Super Six’, mula menjalankan sesi percubaan untuk mengesan Coronavirus di kalangan penumpang kapal terbang.

Pengkaji dari Sekolah kebersihan dan penyakit tropika London, bekerjasama dengan UK Durham Universiti berkata, penyakit berkaitan pernafasan mampu mengubah bau badan manusia. Oleh itu, anjing yang dilatih khas ini boleh mengesan virus tersebut dari mereka yang menderita Covid-19 walaupun tiada simptom ditunjukkan.

CNN melaporkan, kerajaan Britain telah memperuntukkan sebanyak £500,000 (RM2.6 juta) untuk tujuan penyelidikan tersebut.

Bagaimana latihan ini dijalankan? Ia bermula dengan pengambilan sampel bau manusia – yang dijangkiti Covid-19 dan mereka yang bebas dari penyakit tersebut. Manusia yang terlibat dalam ujian ini, akan memakai topeng muka dalam tempoh tertentu dan topeng muka itu nanti akan dihidu oleh anjing-anjing yang berkenaan.

Bukan topeng muka sahaja digunakan, malah para penyelidik juga akan menggunakan stokin!

“Nampak pelik tapi berdasarkan pengalaman, penggunaan stokin amat berkesan untuk mengesan corak bau manusia”, kata seorang penyelidik.

Jika berjaya, penyelidik berharap untuk mengelakkan kuarantin di kalangan penumpang kapal terbang dan seterusnya memulakan kembali kelancaran perkhidmatan udara yang terhenti akibat dari penyebaran virus tersebut.

– CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat