Media ada hak tanya sebarang soalan, PM pun bersikap terbuka

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan pendirian bahawa media mempunyai hak untuk mengemukakan sebarang soalan, selaras komitmen prinsip ketelusan dan kebebasan bersuara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata beliau sudah menyampaikan pandangan terbabit dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat.

Tegas Fahmi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersikap terbuka terhadap sebarang soalan yang dikemukakan pihak media.

“Saya menyatakan pendirian bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan adalah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan,” katanya pada sidang media lapor BH di Putrajaya.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah acara memaparkan Kor Ming dengan nada yang sedikit keras menjawab pertanyaan daripada seorang wakil media berkaitan nama acara berkenaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Tindakan menteri itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri, beliau sudah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas yang mana media berhak untuk bertanya sebarang soalan dalam mereka menjalankan tugas sebagai wartawan.

“Setiap jawapan ataupun respon yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat