MCMC Berjaya Dapatkan Injunksi Halang Kandungan Mudarat di Telegram, ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ Diperintah Tutup

CYBERJAYA,– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mencatat kejayaan penting apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Injunksi Erinford yang difailkan terhadap platform Telegram, sementara menunggu pendengaran rayuan interlokutori MCMC di Mahkamah Rayuan.

Menurut MCMC dalam kenyataan, keputusan tersebut menandakan satu langkah signifikan dalam usaha berterusan suruhanjaya itu memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, bertanggungjawab dan selaras dengan kepentingan awam.

Melalui keputusan berkenaan, mahkamah telah membenarkan Injunksi Erinford bagi melarang penyiaran kandungan yang memudaratkan seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan MCMC, termasuk sebarang kandungan lain yang mempunyai ciri atau kesan serupa.

Mahkamah turut memerintahkan penutupan sepenuhnya saluran “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, serta mana-mana saluran lain yang mempunyai persamaan dari segi kandungan atau modus operandi.

“Perintah Injunksi Erinford ini bertujuan mengelakkan penyebaran kandungan palsu, mengelirukan, menghasut serta bahan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam negara melalui saluran-saluran di platform tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam keputusannya, mahkamah menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Keseimbangan keadilan, katanya, jelas berpihak kepada MCMC memandangkan kemudaratan kepada pihak Telegram adalah minimum berbanding potensi kesan negatif terhadap institusi negara dan ketenteraman awam sekiranya kandungan sedemikian terus disiarkan.

Mahkamah turut mengingatkan bahawa penyedia platform luar negara seperti Telegram, walaupun mungkin tidak memahami sepenuhnya struktur sosial dan budaya unik Malaysia, perlu sentiasa peka serta menghormati konteks perlembagaan dan sosial negara ini.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan platform digital tidak disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu atau kandungan berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat kestabilan negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat