KUALA LUMPUR – Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana mengabaikan anaknya berusia 6 tahun yang mengalami autistik.
Hukuman diputuskan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mahkamah ditangguhkan seketika untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.
Terdahulu, Ismanira, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kerana mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.
Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, 30, di akhir kes pembelaan.
Pada 21 Julai lalu, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.



