‘Kalau boleh berdamailah, bukan masalah besar sangat’ – Kazar

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Tak tahu lah, tak nak komen apa sebab masih dalam proses mahkamah. Lagipun, ini bukan hal saya. Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia,” kata pelakon Kazar Saisi, 63, berhubung kemelut ‘orang ketiga’ membabitkan anaknya, Ira Kazar dalam pergolakan rumah tangga pelakon, Puteri Sarah.

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 63, berkata, tidak wajar juga untuk dia mengeluarkan komen walaupun bapa kepada Ira kerana kes berkenaan sudah dibawa kepada tindakan undang-undang.

“Saya berharap, kalau boleh berdamailah. Bukan masalah besar sangat. Damai sajalah. Saya juga nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.

“Ira pula, kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” katanya yang hadir pada majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.

Terdahulu, Kazar yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku di TV3 dicalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi Televisyen Terbaik, namun tewas kepada pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie.

Sebelum ini, pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami juga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu.

Difahamkan, Puteri Sarah juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan iaitu Ira agar berhenti meluahkan atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pada akhir Julai lalu juga, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.

Justeru, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat