Fedtri ungguli Pengacara TV Terbaik ASA

- Advertisement -

Putrajaya: Pengacara, Fedtri Yahya berkongsi rasa teruja dan bersyukur atas kemenangannya dalam kategori Pengacara TV Terbaik menerusi program Jejak Rasul, di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung semalam.

Fedtri berkata, ini adalah kemenangan pertamanya sebagai pengacara selepas hampir 20 tahun berkarya di dalam industri.

“Usia kerjaya saya di dalam dunia pengacaraan sudah hampir melangkah ke angka 20 tahun. Cumanya, di Malaysia, tak banyak anugerah untuk bidang pengacaraan.

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya memenangi anugerah dalam bidang pengacaraan dan rasa sangat teruja. Saya memang berharap, tetapi tidak yakin akan menang kerana saingan yang sengit,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, program Jejak Rasul yang dikendalikannya adalah program mencabar dari pelbagai aspek.

“Saya akui, program Jejak Rasul ada kepayahannya memandangkan rakamannya dibuat di luar negara di mana, ada pelbagai ancaman.

“Jadi, semuanya perlu dilakukan dengan pantas dan spontan kerana ada ketikanya, kami masuk ke dalam kawasan bergolak,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, Fedtri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Selain Fedtri, kategori itu juga turut membariskan calon-calon lain iaitu Ahmad Noor Sulaiman menerusi program Halaqah, Datin Lisa Surihani (Tanya Doktor), Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 7) dan Neelofa (Next to Neelofa).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat