Dakwa Difitnah, Abd Latiff Lapor Polis Terhadap Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam tulisan di Facebooknya, Abd Latiff berkata dakwaan yang dibuat Timbalan Presiden PKR itu bukan sahaja satu pembohongan dan fitnah, tetapi ia juga bertujuan merosakkan nama baiknya.

“Saya percaya bahawa fitnah dan tohmahan tersebut diciptakan untuk merosakkan nama baik saya untuk tujuan politik dengan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap saya dan menyemarakkan keresahan rakyat.

“Penyiaran dan komunikasi secara elektronik tersebut adalah sumbang, palsu, mengancam dan bersifat jelik untuk menyakitkan hati, menganiayai mengugut dan mengganggu,” kata Abd Latiff.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mendakwa Rafizi serta pihak yang bersubahat melakukan kesalahan sama.

Sebelum ini, Rafizi beberapa kali mendakwa Abd Latiff serta seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh terlibat dengan skandal LCS.

Rafizi turut mendakwa, Zainab sebagai isteri kedua Abd Latiff dan mereka mempunyai syarikat bersama.

Abd Latiff kemudian menafikan Zainab merupakan isteri keduanya dan beliau juga nafi terlibat dengan sebarang projek LCS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat