Tun M Positif Covid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19.

Mahathir juga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari atas nasihat doktor.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Mahathir itu bagaimanapun tidak menyebut keadaan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berusia 97 tahun itu disahkan dijangkiti virus berkenaan pagi ini.

“Dr Mahathir sudah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat tempoh beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan,” kata pejabat berkenaan.

Pada November tahun lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di IJN dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan serius selepas pengambilan dos berkenaan.

Sebelum ini, bekas perdana menteri paling lama itu dimasukkan ke IJN pada 7 Januari tahun ini dan keluar selepas menjalani prosedur perubatan elektif selama enam hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat