Sidang Dewan Rakyat Dipinda Pada 13 September

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 6 September sehingga 30 September depan dipinda ke tarikh 13 September sehingga 12 Oktober 2021.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan penundaan tarikh baharu kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat melalui surat yang bertarikh 30 Ogos.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan pada Isnin, 6 September sehingga Khamis, 30 September telah dipinda ke Isnin, 13 September hingga Khamis 12 Oktober 2021,” katanya.

Di dalam surat pemakluman surat tersebut dilampirkan juga takwim baharu Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung selama 17 hari iaitu bermula 13 September sehingga 12 Oktober.

“Pembukaan Sidang Dewan Rakyat pada 13 September akan dimulakan dengan Titah Diraja di Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah dan usul Menjunjung Kasih serta Pembahasan Titah Diraja pada keesokkan harinya sehingga 21 September.

“Urusan majlis kemudian diteruskan dengan jawapan menteri-menteri pada tarikh 22 dan 23 September.” ujarnya lagi.

Takwim mesyuarat juga memaklumkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada 27 September dan disusuli dengan pembahasan bermula 28 September hingga 4 Oktober.

Mesyuarat akan berakhir pada minggu kelima dengan urusan majlis berkaitan rang undang-undang dan urusan kerajaan lain pada 11 dan 12 Oktober.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat