Pertahankan Kemerdekaan Demi Maruah, Kedaulatan Negara – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankan tanahair bagi memastikan maruah, kedaulatan dan kemerdekaan ini kekal selamanya.

Tegas beliau, anak cucu kita berhak membesar di negara yang bebas dan bermaruah serta bergelar dewasa kelak di negara yang tetap berdaulat.

“MERDEKA! – ungkapan ini ringkas tetapi hakikatnya terlalu besar pengorbanan demi membolehkan kita berhak melaungkannya sehingga hari ini.

“Nikmat bernegara ini mesti terus dipertahan dan diwariskan sampai bila-bila. Anak cucu kita berhak membesar di negara yang bebas dan bermaruah serta bergelar dewasa kelak di negara yang tetap berdaulat.” kata beliau di Facebooknya.

May be an image of one or more people and people standing

Menurut Hishammuddin lagi, tiada siapa lagi yang boleh mempertahankan kemerdekaan negara selain daripada rakyat Malaysia itu sendiri.

“Tiada sesiapa lagi. Hanya kita rakyat Malaysia sendiri bertanggungjawab untuk memastikan maruah, kedaulatan dan kemerdekaan ini kekal terbela – Selamat Hari Kebangsaan ke 64.” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat