KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi bertanya bila Pas bakal mengikut jejak langkah kumpulan hak wanita, Sisters in Islam (SIS) yang telah menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama yang digunakan secara umum susulan nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Puad malah memberitahu Pas pengguguran perkataan ‘Islam’ tidak akan mengubah perjuangan parti itu.
“Sisters in Islam (SIS) menggugurkan perkataan “Islam” dari namanya. Ia kini hanya akan dikenali sebagai SIS Forum (Malaysia).
“Ia selaras dengan titah Sultan Selangor pada 20 Jun 2025.
“Sultan Sharafuddin bertitah bahawa “penyalahgunaan” perkataan “Islam” dalam nama dan penerbitan Forum SIS menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.
“Pas bila pula akan menggugurkan nama Islam daripada nama parti tersebut. Contohilah SIS Forum. Ia tidak mengubah perjuangan kamu. Ia cuma mahu mengelak kekeliruan,” soal Puad.



