Kastam patahkan sindiket seludup dadah guna kurier di Kelantan

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengagalkan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis dadah termasuk ganja bernilai lebih RM200,000 yang menggunakan perkhidmatan kurier di Pengkalan Chepa.

Serbuan dilakukan pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor hasil maklumat awam di sebuah premis perkhidmatan kurier di Pengkalan Chepa jam 4 petang, 15 Julai lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata hasil pemeriksaan disaksikan pekerja perkhidmatan kurier berkenaan menemui 14 bungkusan kotak pelbagai saiz dipercayai mengandungi pelbagai jenis dadah untuk diedarkan kepada pelanggan.

“Pemeriksaan lanjut menemui ketulan mampat ganja seberat 26.05 kilogram, bunga ganja, pil kuda dan ketamine dengan nilai keseluruhan RM201,781.

“Modus operandi yang digunakan mereka adalah menggunakan perkhidmatan kurier untuk pengedaran dadah ke pasaran.

“Bekalan dadah ini untuk dihantar ke beberapa negeri iaitu Johor, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang,” lapor BH di Kota Bharu pada Khamis.

Wan Jamal berkata bekalan dadah berkenaan dibungkus menggunakan plastik coklat dan air minuman bagi mengaburi daripada dikesan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pengirim bekalan dadah ini dan kita percaya sejumlah dadah ini dikirim oleh individu yang sama.

“Kita juga bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier bagi mengekang kegiatan penyeludupan ini dari berleluasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Wan Jamal turut menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah.

“Kita juga menasihatkan orang ramai tidak terbabit dengan kegiatan penyeludupan kerana ia bukan saja merugikan negara malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat