Singa tak mampu pun bunuh lalat, cuba namakan Menteri DAP yang mana satu – Fadhli

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Pas memuji kenyataan Majlis Ulama Umno yang memberi amaran kepada Menteri bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan supaya lebih berhati-hati ketika memberi ulasan berkaitan apa sahaja perkara berkaitan dengan Islam dan umat Islam agar tidak memberi persepsi negatif sehingga ada pihak boleh “menunggang” dan memprovokasinya sebagai ancaman terhadap Islam.

Meskipun senang hati dengan langkah Majlis Ulama Umno itu namun Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari masih beranggapan Umno masih cuba menjaga hati terutamanya DAP.

“Baguslah Majlis Ulama Umno menegur menteri bukan Islam agar berhati-hati keluarkan kenyataan tentang Islam. Walaupun lewat, tetapi ok lah daripada tiada langsung.

“Cumanya agak keliru apabila Majlis ini menyatakan ia ‘bagi mengelakkan ditunggang oleh mana-mana pihak’. Isunya bukan mengelakkan ia ditunggang, isunya kenyataan itu sendiri merbahaya dan tidak perlu.

“Nampak nak jaga hati lagi tu. Sudahlah tidak berani menamakan mana satu menteri yang ditegur sehingga memalitkan semua Menteri dan Timbalan Menteri yang bukan Islam, padahal yang buat hal hanyalah 3-4 orang.

“Nampak masih takut-takut. Barangkali gerun nak sentuh sang singa. Padahal singa bukanlah mampu membunuh seekor lalat,” bidas Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat