Azmin tuntut penjelasan Selangor nafi hak pemilik tanah Sekinchan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan membawa suara rakyat Sekinchan dan mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri Selangor yang dinafikan hak mereka sebagai pemilik sah tanah-tanah seluas 84 ekar.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan beliau telah mengadakan perjumpaan dan dialog dengan wakil masyarakat Cina dari Sekinchan.

“Saya mendengar keluhan 52 keluarga dari Sekinchan yang dinafikan hak mereka sebagai pemilik sah tanah-tanah seluas 84 ekar untuk tujuan perumahan bagi memenuhi permintaan kediaman mampu milik untuk penduduk sekitar Sabak Bernam.

“Wakil pemilik tanah menyerahkan dokumen-dokumen yang menyokong permohonan mereka termasuk pewartaan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 yang telah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Selangor pada 8 Julai 2015.

“Mengapa Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sekinchan tidak membela hak pemilik tanah? soal Azmin.

Pada sesi itu, Setiausaha Agung PN itu bersama Adun Permatang Nurul Syazwani Noh dan Datuk Goh Gaik Meng, BERSEKUTU Selangor dalam sesi mendengar keluhan penduduk-penduduk Sekinchan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat