Dr. Mohamed Azam dilantik semula sebagai KP IKIM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil telah dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk tempoh tiga tahun mulai 3 Februari ini sehingga 2 Februari 2028.

IKIM dalam kenyataannya memaklumkan, Dr. Mohamed Azam memulakan perkhidmatan di IKIM sebagai Ketua Pengarah IKIM pada 3 Februari 2022.

“Beliau dilahirkan pada 18 Jun 1966 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990.

“Seterusnya beliau menyambung pengajian pasca sarjananya sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan undang-undang pada 2007 daripada School Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom (UK), ”kata kenyataan itu pada Jumaat.

“Kerjayanya dalam dunia akademik bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari 1990 hingga 2020.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) dari 1 April 2013 sehingga Februari 2022, ”katanya.

“Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Kumpulan CIMB dari 2014 hingga 2017, ”katanya lagi.

“IKIM mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan semula ini.

“Diharap di bawah kepimpinan Dr. Mohamed Azam akan membawa IKIM ke tahap yang lebih cemerlang serta impak yang lebih signifikan kepada masyarakat di negara ini dan di peringkat antarabangsa, ”tambahnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat