ATM siapsiaga gelombang kedua, ambil serius laporan ramalan cuaca

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak memandang remeh laporan Jabatan Meteorologi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi mendepani sebarang kemungkinan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu beliau kini berada di Kelantan.

“ATM mengambil serius laporan Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung ramalan hujan berterusan di beberapa negeri terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak yang boleh mengakibatkan banjir gelombang kedua.

“ATM di seluruh negara telah berada dalam kesiapsiagaan tahap tertinggi.

“…dan menerusi lawatan saya bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ke Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa pagi ini, saya ingin maklumkan bahawa anggota dan aset ATM Negeri Kelantan juga telah bersedia sepenuhnya, malah sebahagian telah diaturgerak ke lokasi berisiko tinggi seperti Pasir Mas dan Kuala Krai.

“Kepada rakyat Kelantan, kekal berwaspada dan sentiasa jaga keselamatan diri serta keluarga,” nasihat beliau.

Manakala katanya, di pihak ATM, kami akan usahakan apa jua yang terdaya demi memastikan nyawa dan keselamatan rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang terus diutamakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat