Panduan mangsa banjir tak berdaftar di PPS mohon BWI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyediakan panduan memudahkan mangsa-mangsa banjir untuk memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mereka yang tidak berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam ciapan Twitter pada Khamis Perdana Menteri memaparkan info grafik prosedur penyaluran BWI bagi mangsa banjir yang tidak berdaftar di PPS.

Katanya, bagi peringkat pendaftaran mangsa yang tidak berpindah ke PPS dan Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk mendapatkan BWI.

“Maklumat yang perlu dihantar antaranya nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akaun bank dan alamat. Kemudian perlu dapatkan pengesahan daripada ketua komuniti.

“Selanjutnya ketua komuniti akan mengemukakan senarai ketua isi rumah secara bertulis kepada pusat kawalan operasi bencana,” katanya.

Seterusnya, BWI akan disalurkan dalam bentuk Elektronic Fund Transfer (EFT) atau secara tunai.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi hotline Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di talian 03-8064 2400.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat