Tanah di Langkawi saya bayar, bukan dapat percuma – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberi pencerahan bahawa tanah di Langkawi yang dituduh dapat percuma atau hadiah kepadanya adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia dipajak dengan bayaran.

Bekas Perdana Menteri dalam catatan di blognya memberitahu bahawa beliau juga didakwa mewah tahap kayangan.

” Nampaknya ada orang yang berbuih mulut tuduh saya dapat macam-macam daripada kerajaan selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri.

” Ada juga keluarkan “bukti” berkenaan pajakan tanah di Langkawi. Pajakan dengan bayaran bukan makna hadiah. Bukan dapat free, diskaun pun tidak.

” Agaknya orang ini cuba nak alih pandangan dari masalah dia “tolak” permintaan dia sendiri untuk dapat hartanah mewah dari kerajaan. Ada orang beritahu saya mewah tahap kayangan,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pun begitu, Dr Mahathir mengakui bahawa tanah itu dipajak bukan diminta seperti didakwa.

“Saya akui saya pajak tanah. Pajak, bukan minta. Pajak kena bayar. Tak dapat free pun. Saya juga beli dua keping tanah di Langkawi selepas bersara. Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari Kerajaan Persekutuan atau negeri (Kedah). Sebaliknya kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

” Bermacam usaha saya lakukan, ternak kerbau, buat keju, tanam sayuran. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Yang tidak “economically viable” apabila sewa dinaikkan oleh LADA, saya kembalikan pajakan pada pihak berkuasa.

” Kalau ada salah laku, siasatlah. Dah 18 tahun saya berhenti dari kerajaan semasa jadi Perdana Menteri pertama kali. Selama itu, saya jadi Perdana Menteri semula 22 bulan. Apabila jadi PM kali kedua, pencen saya dihentikan. Pencen diberi balik selepas saya berhenti dari jadi PM kali kedua.

“Macam-macam tuduhan yang dibuat tentang “salah laku” saya. Kalau benar dakwalah. Kalau bersalah hukumlah.

” Malahan masa saya mula buka mulut pasal 1MDB berbagai usaha nak tuduh saya buat salah dilakukan kepimpinan masa itu. Bila gagal sampai tukang masak saya pun di lucut jawatan. Malah, isteri saya pun turut disoal siasat. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula siasat anak-anak saya,” jelas beliau.

Dr Mahathir bersyukur kerana cukai semua dibayar ikut undang-undang dan tak timbul hutang cukai sampai berbilion.

” Jadi tak perlu mintak pelepasan passport untuk ke luar negara.

” Saya ingat buat masa ini saya tak perlu lah jelaskan apa-apa. Kalau pihak berkuasa terbabit nak jelas tentang pajakan-pajakan saya, sila lah.

“Tidak ada apa-apa yang nak saya sembunyi pun. “Nothing to Hide”, tegas Dr Mahathir.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak membangkitkan dakwaaan tawaran pajakan tanah 34 ekar di Langkawi semasa anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi menteri besar Kedah.

Najib juga mendakwa Mukhriz mendapat lesen pembalakan untuk kawasan 100 hektar di Sarawak pada 1994.

Berkaitan tanah di Langkawi, Najib mendakwa pajakan 60 tahun diberikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Dr Mahathir menjadi penasihat Lada daripada tahun 2003 hingga 2016.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat