Syed Saddiq kasihankan Anwar setiap tindakan dikecam

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan rasa simpati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering menjadi subjek kecaman dalam setiap tindakan dan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, realitinya sesiapa pun yang menduduki kerusi Perdana Menteri di Malaysia perlu bijak mengimbangi hubungan diplomatik di antara gergasi-gergasi besar.

Ujarnya jika tidak bijak dan berhikmah tentunya impak yang teruk adalah kepada negara kita.

“Saya mahu adil di sini, saya kesiankan Perdana Menteri Malaysia.

“Sekejap dilabel pro China dan pro Rusia di beberapa bulan lepas kerana berjumpa dengan Presiden Putin, Lavarov nampak terlalu dekat dengan BRICS, sampai sekatan dagangan dikenakan ke atas Malaysia.

“Ada juga yang memerli pada masa tersebut mengapa tak mendekati Trump? Tak dapat panggilan daripada Presiden Trump tetapi akhirnya bila mendekati dilabel pro Amerika Syarikat pula.

“Sekejap dilabel terpaling Hamas, hanya salah seorang pemimpin Muslim yang berani berjumpa dengan Ismail Haniyeh pada masa tersebut
menyumbangkan RM200 juta bagi pelan pembangunan Hamas.

“Pada suatu ketika sampai kita ditegur tiga kali nota diplomatik kerana terlalu bertegas dalam soal Palestin, tetapi pada hari ini dilabel tidak prihatin tentang Palestin pula,” keluh Saddiq di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sementara itu Anwar menegaskan, beliau bekerja keras supaya Malaysia dapat perhatian negara penting demi limpahan manfaat.

“Saya bukan muda lagi Tan Sri Yang Dipertua (Johari Abdul), saya kerja sedaya upaya untuk dapat perhatian negara penting untuk faedah serta masa depan negara kita,” ujar Anwar sayu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat