Mahkamah perintah Najib bela diri 25 pertuduhan salah guna kuasa, gubah wang haram 1MDB

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membela diri atas 25 tuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Najib dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Seramai 50 saksi memberi keterangan ketika kes pendakwaan yang berlangsung selama 253 hari antara 28 Ogos 2019 hingga 30 Mei lalu.

Antara saksi utama termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam 1MDB Loo Ai Swan, yang turut dikenali sebagai Jasmine Loo.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat