KUALA LUMPUR – Penentuan ambang dan takrifan T15 berkaitan penyasaran subsidi petrol RON95 akan berpandukan kepada perbelanjaan asas kehidupan wajar daripada pendapatan isi rumah bersih yang indikatornya mengambil kira jumlah anak, lokasi, tanggungan, rumah, kenderaan dan semua komitmen isi rumah.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberi jaminan, penentuan T15 tidak akan mengambil pendapatan isi rumah kasar sebaliknya kepada pendapatan isi rumah bersih.
“Penentuan berkait penyasaran subsidi petrol ‘drag’ sedikit itu kerana pandangan yang berbeza mengenai penyasaran subsidi RON95 ini. Ia sesuatu yang kontroversi, ramai orang tak setuju.
“Jadi sebab itu walaupun semua ini dah dibincangkan dari tahun lepas, (tapi) untuk kita dapat keputusan itu lambat.
“Akhirnya Kabinet menerima bahawa ya lah walau macam mana kena maki pun this has to be done because otherwise, kita ada masalah sekolah, hospital dan sebagainya ia tidak boleh berlaku lagi.
“Jadi bila kita dah dapat keputusan itu, sekarang ini Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Ekonomi kami sedang re-finalizing untuk dibentangkan balik kepada Kabinet apakah kriterianya, dan kita kena tengok kepada the angka. Maksudnya RM8 bilion itu adalah jangkaan bahawa hampir 40 peratus daripada subsidi sebenarnya dipakai oleh T20 dan juga orang asing.
“Ini T20 yang dululah yang mengikut pendapatan iaitu yang jadi kontroversi tu kan, itu anggaran that the volume 40 peratus of RON95 itu sebenarnya dipakai oleh golongan T20 ke ataslah,” katanya menjawab soalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh ketika sesi libat urus RMK13 di Melaka, semalam.
Dalam pada itu, Rafizi mengakui beliau berdepan kesukaran dalam penentuan pendapatan isi rumah kasar.
“Satu sebab dia tidak membezakan ikut kawasan, contohnya, tempat yang lain-lain, kos sara hidup dia tu lain. Kalau di Setiu, Terengganu contohnya kan, pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan itu sebenarnya T20 ini berdasarkan gaya hidup dia dah boleh jadi T20 sebab rumahnya murah, kosnya murah dan sebagainya.
“Tapi kalau RM5,000 sebulan di KL, masaklah engkau. Memang B40 pun merangkak sebenarnya RM5,000, tambah pula kalau anak 4,5 orang lepas itu anak pula kemudian ada anak yang baru lahir pun mahal ataupun dia dah mula nak masuk universiti pun mahal.
“Jadi konsepnya memang kita kena pergi kepada pendapatan isi rumah bersih.
“Dalam kerajaan, kita dah sampai ke peringkat membentangkan dan diterima pun satu konsep yang kita panggil perbelanjaan asas kehidupan wajar.
mengikut daerah-daerah di seluruh Malaysia, kita ada kos berapa perbelanjaan asas untuk hidup wajar mengikut saiz isi rumah dan juga lokasi. Jadi mungkin kalau di Kota Bharu, harga perbelanjaan asas dia begini, kalau di Bandar Melaka lain,” ujar Timbalan Presiden PKR itu lagi.
Memperincikan penentuan T15, Rafizi memaklumkan apabila ambang itu dimuktamadkan Kementerian Ekonomi menetapkan ia mesti berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar di kawasan itu.
“Maksudnya hanya keluarga yang pendapatan isi rumahnya itu melebihi perbelanjaan asas kehidupan wajar. Those people yang dia berada cukup-cukup atau di bawah perbelanjaan asa kehidupan wajar, dia layak dapat subsidi. So if that the case then kita kena tally sebenarnya berapa penjimatan, from there I think yang itu yang akan melibatkan soal kewangan kan, berapa subsidi yang nak diperuntukkan dan sebagainya.
“Sebab tu kalau tanya menteri hatta Perdana Menteri pun, there is no direct answer now.
“Secara konsepnya kita nak pastikan bahwa semua yang berada di dalam ambang di bawah perbelanjaan asas kehidupan wajar. Contohnya, untuk keluarga katakanlah 4 orang di Bandar Melaka perbelanjaan asas kehidupan wajar dia tu campur-campur katakanlah RM5,000 lebih campur rumah ini semua anak 2 orang daripada situ kita tengok kalau kita kata kita bagi kepada sesiapa yang berada di atas itu, dia kena bayar harga pasaran.
“Kemudian kita tengok sebenarnya berapa kos kepada kerajaan daripada the final subsidi. Tapi kalau kita boleh push lagi ke atas, maksudnya kalau pun perbelanjaannya adalah lebih daripada perbelanjaan asas kehidupan wajar tapi kita push lagi tambah lagi RM1,000, tambah lagi RM2,000 then we can define anyone above a certain percentage or perbelanjaan asas kehidupan wajar tak payah bayar.
“The problem with that is that kita kena go through that dollars and cents data sekarang yang sedang berlaku sekarang and I think once we do that , the whole objective ialah supaya lebih atau kurang ialah 15 peratus, 10 peratus of the top in the society yang setelah ditolak komitmen, lokasi semua so kita apply that T15 itu kepada sampel ataupun populasi yang memang kita dah ambil kira segala perbelanjaan dan sebagainya and at the very minimum dia mesti mencukupi untuk kehidupan wajarlah kan,” katanya.
Justeru kata Rafizi, kerajaan ketika ini dalam proses meneliti setiap indikator sebelum membuat pengumuman kerana ia sangat rumit.
“So I think let’s go through that proces, baru kemudian kerajaan akan umumkanlah, apakah sebenarnya. Tapi dia tak macam sebelum inilah, T20, M40 tu tak ada kan dan saya harap juga semua tahu the data process itu humongous, dia tak pernah dibuat dalam sejarah negara kita yang kita nak kena tentukan keadaan sosio-ekonomi setiap isi rumah seluruh Malaysia, we never do that.
“Kalau kita buat STR ke sebelum ini kan dia sebenarnya hanya pendapatan individu ikut dia saja, kita tak ambil kira sangatlah, you know anak tanggungan dan sebagainya kan, so I mean, give us sometime to go through.
“Tapi saya beri jaminan, that it’s not going to be pendapatan isi rumah kasar tapi dia akan mengambil kira anak, lokasi, tanggungan, rumah, semualah, kenderaan dan sebagainya,” jelas beliau.