Apakah benar ada konspirasi nak jahanamkan MAS dari dalam? – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kegagalan teknikal syarikat penerbangan negara kita Malaysia Airlines (MAS) yang semakin parah akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang kecil seperti yang didakwa Menteri Pengangkutan dari DAP, Anthony Loke.

Ahli Parlimen Machang dari Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, punca masalah adalah kegagalan Kerajaan Madani melindungi kepentingan negara dalam sektor penerbangan awam sehingga memberikan “sweet heart deal” kepada pesaing MAS (dalam hal ini Singapore Airlines) yang membolehkan mereka bersaing secara tidak adil.

“Kegilaan apakah ini? Kita bukan tolak pelaburan tapi bak pepatah Melayu: kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

“Apakah benar ada konspirasi nak menjahamkan MAS dari dalam? Bagaimana Menteri Pengangkutan dan Kabinet Kerajaan Madani boleh luluskan urus niaga yang jelas merugikan MAS?

“Ini rupanya hadiah Kemerdekaan Madani buat kita! dakwa Ketua Armada Bersatu itu.

Justeru beliau menyeru rakyat supaya bangkit menentang urus niaga buluh kasap melibatkan MAHB dan kini MAS.

“Dua-dua sedang dirosakkan,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat