Filipina rancang beli senjata canggih hadapi sikap agresif China di laut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR– Filipina merancang untuk membelanjakan US$33 billion (RM142 billion) untuk memodenkan angkatan tenteranya dengan peluru berpandu jarak sederhana dan juga pesawat-pesawat pejuang moden, menurut pegawai-pegawai kanan pertahanan negara Asia Tenggara itu.

Perancangan untuk berbelanja besar bagi pertahanan negara itu dilakukan ketika Filipina sedang berhadapan dengan sikap agresif China terutamanya di perairan Laut China Selatan.

“Angkatan Tentera Filipina mahu memperolehi lebih banyak sistem persenjataan yang lebih canggih,” menurut panglimanya Jeneral Romeo Brawner kepada media, hanya beberapa jam selepas Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro menyatakan bahawa Filipina sedang mengkaji beberapa tawaran penjualan senjata daripada beberapa negara.

“Kita mahu mendapatkan senjata-senjata pertahanan terkini dan ia termasuk senjata yang mempunyai kemampuan jarak sederhana,” kata beliau selepas sidang media bersama dengan Komander Tentera Amerika Syarikat di Indo-Pasifik Samuel Paparo di bandar Baguio di utara Filipina.

Kedua-dua angkatan tentera Filipina dan Amerika Syarikat sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan latihan ketenteraan terbesar pada tahun ini menurut Paparo dan menambah kerjasama pertahanan kedua-dua negara akan dipertingkatkan bagi menangani China, memetik laporan Defence Security Asia pada Khamis.

Pada April lepas, tentera Amerika Syarikat telah menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana di utara Filipina semasa latihan bersama sehingga membangkitkan kemarahan China yang menyatakan kehadiran peluru berpandu itu meningkatkan risiko terjadinya peperangan di antara kedua-dua negara dan di rantau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat