Raja Salman Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Agong

- Advertisement -

RIYADH – Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman berharap Seri Paduka sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan kebahagiaan, dan semoga kerajaan serta rakyat Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, sambutan itu akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya, esok.

Sambutan berskala kecil itu, akan dipantau secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan, jumlah peserta dan tetamu dihadkan tanpa kehadiran orang awam, selaras dengan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Siaran langsung sambutan bermula 8 pagi di semua saluran televisyen tempatan dan melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 dan Jabatan Penerangan.

Empat persembahan utama dijadual berlangsung esok, termasuk persembahan ‘drumline’ Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan pelbagai agensi beruniform dan persembahan udara Tentera Udara Diraja Malaysia. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat