‘Tiada istilah ambil mudah bagi Angkatan Tentera Malaysia’ : Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA” Tiada istilah ambil mudah bagi Angkatan Tentera Malaysia’, itulah yang diungkap Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengenai persiapan ATM untuk sambutan Hari Kemerdekaan.

Jelas Hishamuddin, biarpun sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini sekali lagi diadakan secara sederhana namun anggota ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan tetap melakukan persiapan rapi demi memaknai Hari Kebangsaan di Dataran Pahlawan Negara, esok.

‘Tiada istilah ambil mudah bagi Angkatan Tentera Malaysia – biarpun sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini sekali lagi diadakan secara sederhana namun anggota ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan tetap melakukan persiapan rapi demi memaknai Hari Kebangsaan esok. Terima kasih semua!’ Ujar Hishammuddin.

Terdahulu, Hishammuddin yang baru memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Kanan Pertahanan menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara, sebentar tadi.

Istiadat rasmi berkenaan berlangsung hampir dua jam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berkenan berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam pada itu, Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos ini bermula jam 8 pagi sehingga 8.50 pagi secara siaran langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan.

Jawatankuasa Media dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dalam kenyataannya, memaklumkan siaran secara langsung itu juga boleh ditonton di saluran TV1 mulai jam 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

Selain itu katanya, sambutan itu boleh ditonton melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360; dan Jabatan Penerangan Malaysia.

“Siaran langsung ini bakal memaparkan penggunaan elemen teknologi terkini berkonsepkan ‘mix reality’ iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan juga XR (Extended Reality) berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.

“Sambutan dengan tema Malaysia Prihatin ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi pandemik COVID-19 sama ada petugas barisan hadapan, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, (NGO) mahupun orang perseorangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat