Jemaah Menteri Selesai Upacara Angkat Sumpah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara, selesai sepenuhnya, sebentar tadi.

Istiadat rasmi berkenaan berlangsung hampir dua jam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berkenan berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sejurus kumpulan terakhir timbalan menteri selesai mengangkat sumpah, istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Istiadat kemudian ditutup oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendi Zairakhithnaini, selepas mendapat perkenan Seri Paduka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat