Buat PRK Kalau MP Nak Lompat Parti – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Halangan ahli Parlimen untuk bertukar parti melalui Akta Anti- Lompat Parti akan lebih menyusahkan parti asal,” kata Datuk Seri Najib Razak.

“Ianya lebih parah sekiranya ada ahli Parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat bawah undang-undang.

“Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka,” kata bekas Perdana Menteri itu pada Isnin.

Kata Najib, walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta anti-lompat parti dilaksanakan segera.

“Mungkin bimbang katak akan lompat lagi kot, jadi tindakan mengharamkan ahli Parlimen dari lompat ke parti lain setelah menang dalam PRU bukan cara penyelesaiannya.

“Pada saya, cara yang paling baik ialah melaksanakan “recall election” ataupun pemilihan semula – seperti diamalkan oleh beberapa negara Komanwel lain di mana ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat parti mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan pilihan raya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan Parlimen tersebut.

“Cara ini lebih adil pada parti asal dan bagi pengundi,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat