“Anthony Loke kalah di Chennah bermakna kepala DAP dipancung, saya tak layak jadi MB”

SEREMBAN – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa parti lawan sedang berusaha keras untuk ‘memancung’ beliau di DUN Chennah.

Menurut Loke, pihak lawan menegaskan sekiranya beliau kalah di Chennah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), ini bermaksud kepala DAP kena pancung,

“Dia punya congak, dia punya kira-kira supaya pengundi-pengundi Melayu pusatkan sokongan mereka kepada calon MCA. Sebab di Chennah ada 48 peratus pengundi Melayu. Dia ingat dengan cara ini, dia boleh kalahkan Setiausaha Agung DAP, boleh kalahkan Ketua DAP.

“Walaupun memang saya akui ini persaingan yang cukup sengit, tetapi sebagai ketua parti, sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH), kita tak pernah kita lari daripada cabaran. Saya tetap lawan! Saya kekal di DUN Chennah, saya lawan sampai menang! Ini semangat kita!

“Kerana DUN Chennah dalam pilihan raya kali ini dianggap sebagai kerusi panas. Antara kerusi yang pihak lawan nak pancung saya. Sebab dia kata, kalau Anthony Loke kalah, kepala DAP kena pancung. Jadi dia nak fokus kat DUN Chennah,” katanya dalam Ceramah Grand Finale Kekal Harapan di Seremban, malam tadi.

Dalam ucapan beliau, Menteri Pengangkutan itu memberitahu, pihak lawan menjaja sentimen kalau PH menang, Melayu hilang.

“Kuasa Melayu hilang. Kalau PH menang, ini Anthony Loke jadi Menteri Besar.

“Dua tiga minggu ni apa dia tak tuduh saya? Beberapa minggu lalu kata saya nak jadi Tok Undang. Tok Undang nombor lima. Nak Chennah ke, nak seluruh? Lepas tu kata, “Ha ini sekarang nak jadi Menteri Besar. Macam saya ni maha berkuasa, semua boleh kontrol.

“Saya nak tegaskan, saya masuk bertanding DUN Chennah ini sebagai calon wakil rakyat, calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Dalam Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri jelas, yang akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, di mana negeri yang ada beraja, calonnya mesti ADUN orang Melayu yang beragama Islam.

“Anthony Loke tidak memenuhi syarat kelayakan ini. Kita menang PRN ini, Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) kekal menjadi Menteri Besar kita,” tegas Loke.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat