Selepas 35 tahun, Man tinggalkan May

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas 35 tahun bersama, pemain dram kumpulan rock popular, May iaitu Man, 56, membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu.

Man atau nama sebenarnya, Mohamad Saarip Yaakob menubuhkan May di Ipoh, Perak bersama pemain gitar, Abu dan pemain bass, Yus sebelum mereka disertai penyanyi, Mus.

Perkara itu diumumkan Man menerusi saluran YouTube miliknya, Man May Channel, semalam.

Man ketika dihubungi berkata, keputusan itu diambil selepas melihat industri muzik kini sudah tiada arah tuju.

“Sejak penularan Covid-19, apa projek pun tiada. Saya kini nak fokus dengan perniagaan secara dalam talian menjual baju X MAY, cenderahati dan pelitup muka berkonsep rock kapak.

“Dalam situasi sekarang, tawaran persembahan langsung tak ada dan kami hanya ambil peluang untuk berniaga saja.

“Penyanyi baru May iaitu AG turut meninggalkan May dan kini kami berdua bergerak tanpa pemain gitar dan bass,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia terlebih dulu berbincang dengan Yus dan keputusannya diterima dengan hati terbuka. “Dia okey dan faham kita dah payah cari makan. Nak popular, May sudah popular. Kami juga sudah merasa glamour. Jadi, nak cari apa lagi?

“Kita sudah di hujung usia, jadi saya buat saja apa yang patut. Kalau orang panggil saya dan AG untuk buat persembahan, kami carilah pemuzik yang sesuai. Ada peminat pujuk saya jangan tinggalkan May, tapi perkara ini saya dah fikir dalam-dalam,” katanya.

Bagaimanapun, Man menyeru peminat May supaya terus memberi sokongan kepada May dan X May selepas ini.

Pada Januari 2019, penyanyi mereka, Mus berundur dari kumpulan itu atas masalah kesihatan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat