Rosyam dedah kerenah selebriti cerewet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hampir 40 tahun bergelumang dalam dunia seni, daripada menjadi pelakon tambahan hingga memiliki empayar penerbitan sendiri, Datuk Rosyam Nor mengaku berhadapan banyak kerenah teman seperjuangan, termasuk selebriti ‘besar kepala’.

Seperti pemilik syarikat produksi lain, Suhan Movies yang diasaskannya tidak terkecuali daripada berhadapan pelakon yang terlalu ‘demanding’ apabila ditawarkan watak dalam sesebuah projek.

Enggan mendedahkan nama aktres terbabit, Rosyam bagaimanapun sedar sifat memilih watak dalam kalangan segelintir pelakon, bukan perkara baharu dalam dunia seni.

“Saya tidak mahu sebut nama. Tetapi ada seorang pelakon wanita popular pernah ke pejabat. Ketika itu, saya fikir dia sesuai menghidupkan suatu watak dalam drama terbita

“Tetapi apabila dia sampai di pejabat, saya dapat lihat dia agak ‘demanding’ melalui caranya yang menjelaskan dia amat memilih watak.

“Lalu, kami putuskan untuk tidak menawarkan watak itu kepadanya. Selepas drama ditayangkan, produk yang sepatutnya dilakonkan aktres terbabit ‘meletup’.

“Selepas itu dia berjumpa saya. Daripada wajah dan bahasa tubuhnya, dapat dilihat dia agak menyesal kerana tidak mengambil watak itu,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Rosyam berkata, beliau tidak pernah ‘memadam’ atau memboikot aktres terbabit daripada membintangi drama terbitan syarikat produksinya.

“Saya tidak pernah ‘banned’ orang. Di Suhan Movies, kami tiada istilah ini. Bukan kerja saya untuk sekat rezeki orang.

“Tetapi apabila ada watak yang kena dengan aktres terbabit, pasukan saya jadi ‘seram’ hendak menawarkan kepadanya lagi.

“Sampai hari ini, aktres terbabit tidak pernah bekerja dengan Suhan Movies. Mungkin belum ada rezeki mahu bekerjasama,” katanya.

 

Rosyam muncul secara ‘cameo’ dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul. - Foto IG Rosyam Nor
Rosyam muncul secara ‘cameo’ dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul. – Foto IG Rosyam Nor

 

Rosyam mengaku drama terbitannya bukanlah terlalu bagus untuk diperkatakan. Namun, beliau berusaha menghasilkan karya berkualiti demi pelakon yang ditampilkan.

“Drama terbitan Suhan Movies tidak bagus sangat, namun saya dan pasukan cuba memberi drama yang berbeza dan memastikan karya bermutu.

“Saya kena jaga jenama dan semua pelakon. Sebab itu saya selalu katakan kepada pelakon, kalau kita ada satu kerja, lakukan bersungguh-sungguh sebab kerja kita akan dihargai orang luar.

“Apabila buat drama, saya bersungguh-sungguh mahu menjadikan seseorang pelakon itu bagus supaya orang ingat lakonannya dan dia bertahan lama.

“Saya selalu cakap kepada pelakon, berlakon kena orang ingat. Apabila orang ingat, maknanya dia boleh pergi jauh,” katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama terbaru terbitan Suhan Movies, Cik Ayu Mee Sanggul, kelmarin.

Selepas lama tidak muncul dalam drama rantaian, Rosyam teruja dapat bekerjasama dengan pelakon baharu dan lama.

“Ini adalah kemunculan saya selepas agak lama tidak berlakon dalam drama bersiri. Apabila ada watak orang tua dalam drama ini dan saya ditanya pasukan saya serta stesen penyiar, saya terima.

“Biarpun sekadar watak ‘cameo’, saya teruja berlakon dengan artis muda seperti Amelia Henderson dan Aqasha. Ini adalah drama rantaian pertama Suhan Movies untuk slot Megadrama di Astro Ria,” katanya yang berharap drama komedi romantik itu dapat menarik perhatian penonton yang ketika ini duduk di rumah seperti saranan kerajaan dalam memerangi COVID-19.

Drama Cik Ayu Mee Sanggul mula disiarkan slot Megadrama di Astro Ria sejak Selasa lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat