Peguam UMNO Bebas Tuduhan Gubah Wang Haram RM15 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Hafarizam dibebaskan selepas bersetuju membayar kompaun RM590,587.26 Difahamkan kompaun itu dilunaskan pada Khamis lalu.

Hakim Suzana Hussin membebaskan peguam itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam selepas beliau bersetuju kesemua kesnya dikompaun.

Peguam itu dituduh menerima wang dari akaun bank Datuk Seri Najib Razak pada 2014 dan 2015.

Beliau mewakili bekas Perdana Menteri dalam beberapa kes sivilnya.

Hafarizam berkata, keputusan mahkamah itu sebagai menyerlahkan pendiriannya bahawa tuduhan pengubahan wang haram itu bersifat “pendakwaan terpilih”.

“Dana (itu) …bukan untuk kepentingan saya atau bekas syarikat saya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak,” katanya memetik FMT.

“Saya hanya memegang dana berkenaan sebagai pemegang taruh untuk klien dan membuat bayaran kepada pihak ketiga berdasarkan arahan klien. Urus niaga sebegini adalah perkara biasa bagi semua peguam,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat