Ketidaktentuan pasaran jejas dagangan awal Bursa Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melanjutkan kerugiannya untuk dibuka lebih rendah hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran.

Bursa tempatan bertentangan dengan prestasi pasaran serantau, yang mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman lebih baik di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.46 points kepada 1,503.47 daripada penutup Khamis 1,512.93.

Indeks dibuka 0.95 mata lebih rendah pada 1,511.98.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 214 berbanding 112, manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,643 tidak diniagakan dan 64 lagi digantung.

Perolehan mencecah 200.26 juta unit bernilai RM108.97 juta.

Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan FBM KLCI menyusut di tengah-tengah ketidakpastian terutama membabitkan perkembangan politik baru-baru ini berserta jumlah kes pandemik COVID-19 semasa.

“Ini akan menjuruskan kepada kemudahruapan di pasaran dan peniaga akan lebih berhati-hati dalam waktu terdekat semasa memilih saham-saham untuk diniagakan,” katanya.

Ia menambah, pelabur dijangka menyaksikan kemunculan minat membeli saham berkaitan kenderaan elektrik berikutan keputusan kukuh yang dicatatkan oleh Genetec sementara keuntungan di Nasdaq mungkin turut melimpah ke sektor teknologi tempatan.

Dalam pada itu, kenaikan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah pula akan menarik minat dagangan dalam sektor perladangan serta minyak dan gas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.03, Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM8.02 dan TNB lega dua sen kepada RM9.71.

Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM3.99 dan RM5.79.

Bagi saham aktif, waran Tanco dan waran Ecofirst masing-masing naik 1.5 sen kepada 22.5 sen dan 7.5 sen, Scanwolf menambah 7.5 sen kepada 49.5 sen, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 40.5 sen, sementara Saudee tidak berubah pada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 43.44 mata kepada 11,028.33, Indeks FBMT 100 susut 56.05 mata kepada 10,726.82 dan FBM 70 lebih rendah 31.01 mata kepada 14,511.24.

Indeks FBM Emas Syariah pula meningkat 56.06 mata pada 12,113.56 dan FBM ACE susut 6.43 mata kepada 7,134.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 44.27 mata kepada 14,736.02.65, Indeks Perladangan merosot 31.44 mata kepada 6,160.91, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.31 mata kepada 186.68.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat