Annuar Musa Bidas SU Eksekutif BN, Kenyataan Media Ismail Sabri Tulen

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kenyataan media Timbalan Media Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) adalah benar dan tulen.

Menurutnya, kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan 40 orang Ahli Parlimen BN termasuk lima orang telah memberi mandat walaupun tidak dapat hadir kerana berada di luar negara, dikuarantin atau sakit.

Sebaliknya tegas Annuar Musa, kenyataan Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz,  yang cuba menafikan kewujudan dan kesahihan kenyataan media Ismail Sabri amatlah dikesali.

“Saya mengesahkan kenyataan YAB TPM, yang dikeluarkan selepas pertemuan 40 orang MP BN 9termasuk 5 orang yang telah memberi andat walau tak dapat hadir kerana di luar negara/kuarantin/uzur) adalah benar dan tulen.

“Sebaliknya kenyataan tidak cermat SU Eksekutif BN, yang cuba menafikan kewujudan dan kesahihan kenyataan itu AMATLAH DI KESALI.” katanya di Facebook.

Katanya lagi, Ahli Parlimen BN berhak membuat pendirian mereka berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas satu konsensus di capai dalam pertemuan yang diadakan pada pukul 5.30 petang di Tingkat 3, Bangunan Baru Parlimen pada semalam.

Melalui kenyataa media Ismail Sabri pada Khamis, 40 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Perdana Menteri, dalam pertemuannya dengan 40 Ahli Parlimen BN berkata, mereka turut menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat