Pendaftaran Professional Competency Examination 2026 kini dibuka sehingga 31 Ogos ini

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pendaftaran bagi Professional Competency Examination (PCE) 2026 kini dibuka, umum Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).

LJM dalam kenyataan berkata peperiksaan PCE akan berlangsung pada 24 – 25 Oktober 2026, sebagai salah satu platform penting bagi jurutera di seluruh negara untuk mencapai pengiktirafan profesional serta pembangunan kerjaya.

“PCE merupakan satu pencapaian penting dalam kerjaya kejuruteraan yang menilai tahap kecekapan, pengetahuan serta kesiapsiagaan profesional jurutera dalam memenuhi standard industri.

“Kejayaan dalam peperiksaan ini akan melayakkan calon diiktiraf sebagai jurutera kompeten yang mampu menyumbang secara lebih berkesan kepada pembangunan negara, ”kata kenyataan itu pada Selasa.

Katanya, para jurutera yang berminat digalakkan untuk membuat pendaftaran lebih awal melalui Sistem Dalam Talian MyBEM di https://engineer.org.my. dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Ogos 2026.

Katanya lagi, PCE akan dilaksanakan di Bangunan Peperiksaan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur; di Bangunan Institut Latihan Jabatan Kerja Raya (JKR Sabah), Kota Kinabalu, Sabah; dan di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Kuching, Sarawak.

Tambahnya, LJM menggalakkan semua calon yang layak untuk mengambil peluang ini bagi memperkukuh perjalanan profesional mereka dan untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi Board of Engineers Malaysia (BEM) di https://bem.org.my/
-SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat