“Buat teman di PH, soal diri sendiri apa punca ‘lubang’ semakin besar, jangan terlalu mudah menuduh orang lain”- Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin berpandangan, reaksi dan ketegasan Umno tidak boleh dilihat secara terpisah antara punca dan reaksi.

Menurut beliau, ia mesti dilihat berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir yang mempunyai satu persamaan berhubung menghormati institusi Raja dan adat negeri.

“Pertama, isu berkaitan titah addendum yang menimbulkan persepsi penafian, sekali gus menyentuh kedudukan serta kewibawaan institusi Raja.

“Kedua, di Selangor walaupun telah dititahkan, tetap diperdebatkan isu ladang babi walaupun melibatkan sensitiviti dan kuasa pihak berautoriti negeri.

“Ketiga, di Negeri Sembilan isu berkaitan adat Perpatih dan institusi Undang yang membawa kepada krisis kepimpinan negeri. Tiga insiden yang ada persamaan. Ini garis merah Umno/BN sejak dari awal,” jelas Hafiz.

Menurut beliua, bagi di Negeri Sembilan, Umno/BN mengambil pendirian tegas untuk menarik sokongan terhadap individu iaitu Menteri Besar. Ini adalah kesan apabila tidak dibawa runding dan bincang. Ini adalah konsekuensi.

“Umno tidak akan bersetuju dengan mana-mana pihak tidak kira siapa yang dilihat tidak menghormati institusi Raja dan sistem adat yang menjadi tunjang negara serta negeri.

“Jika tidak boleh diurus dan tidak ada titik pertemuan, elok pulangkanlah semula mandat kepada rakyat dan biar rakyat memilih.

“Buat teman di sebelah sana, soal diri sendiri apa punca lubang semakin besar, jangan terlalu mudah menuduh orang lain di sebalik ketidakupayaan mengemudi krisis dan institusi.

“Umno pula jangan benarkan kita ditebuk dek hanya tempat dan kuasa yang sementara. Kekal teguh, berprinsip,” pesan Hafiz.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat