Waspada Kerajaan PH 22 Bulan, Jangan Bazir Peluang – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kita ada peluang yang baik dengan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara majmuk yang bertaraf dunia.

Veteran DAP, Lim Kit Siang menyeru semua agar tidak sesekali mensia-siakan peluang yang terbentang.

Susulan itu, Kit Siang menegaskan beliau mahu Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri selama lima tahun, untuk menyediakan negara berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pada tahun 2027 dengan menghentikan kemerosotan negara dalam enam dekad yang lepas dan memulakan proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

Selepas lebih dari sebulan sebagai Perdana Menteri “ke-10, Anwar telah mengukuhkan peluangnya untuk bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri.

“Tetapi Anwar dan semua Menteri dan pemimpin kerajaan perpaduan perlu sentiasa sedar mengenai pengajaran yang paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini, yakni akan sentiasa ada kuasa politik yang mencuba untuk menumbangkan mereka sebelum lengkapnya penggal lima tahun.

“Sama ada kerajaan perpaduan Anwar ini akan bertahan selama lima tahun, hanya masa yang akan menentukannya. Inilah salah satu isu yang akan ditempurkan di medan peperangan politik,” jelas Kit Siang.

Beliau malah yakin Kerajaan Perpaduan Anwar akan bertahan selama lima tahun selepas undi percaya di Parlimen pada minggu lepas dan dengan pelbagai inisiatif baik dalam bulan pertama kerajaan ini, tetapi Menteri dan pemimpin dalam kerajaan perpaduan Anwar perlulah sentiasa mengingati apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas 22 bulan dan melaksanakan reformasi institusi dalam bulan-bulan terawal kerajaan ini.

“Setiap Menteri perlu pertimbangkan reformasi institusi yang mereka dapat laksanakan dalam sidang Dewan Rakyat tujuh minggu yang akan berlangsung dari 13 Februari hingga 30 Mac 2023 untuk menjadikan sidang ini sebagai sidang yang paling penting dan bersejarah dalam sejarah negara kita,” saran beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat