Kerajaan Akan Teliti CPTPP, Bela Nasib Petani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan memanjangkan isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan meminta maklum balas daripada kerajaan.

Hari ini Mohamad menerima memorandum daripada wakil NGO petani, nelayan, pesawah, pengguna dan alam sekitar berkaitan dengan Forum Kedaulatan Makanan dan CPTPP.

Beliau mendengar segala luahan daripada wakil yang hadir meminta agar CPTPP ditangguhkan.

“Isu yang dibangkitkan ini akan dipanjangkan kepada pihak MITI untuk tindakan selanjutnya.

“Keutamaan Kerajaan Perpaduan hari ini adalah untuk memastikan ekonomi serta kebajikan rakyat terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Mohamad juga terbuka untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menjaga hak semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Koordinator Forum Kedaultan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad berkata Mohamad memberi jaminan akan membawa isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang memberi kesan kepada sektor pertanian negara untuk perhatian Kabinet.

Sebelum itu, Nurfitri bersama wakil NGO menyerahkan memorandum terkandung enam tuntutan agar kerajaan meneliti semula ratifikasi CPTPP yang dikhuatiri membawa kesan kepada sektor pertanian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat