Pemilihan UMNO: Ada Agenda Jatuhkan Kerajaan Oleh Pemimpin UMNO Tertentu – Jamal Yunos

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendakwa desakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Dakwa beliau memetik laporan Utusan Online, desakan tersebut dilakukan sekumpulan pemimpin dan ahli Parlimen dalam UMNO itu sendiri.

Jelas Jamal lagi, gerakan tersebut didakwa dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan politik dan mengulangi ‘tragedi’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila tiga kali bertukar kerajaan dalam sepenggal.

“Tindakan sekumpulan pemimpin dan ahli Parlimen dalam UMNO mendesak supaya jawatan Presiden dan Timbalannya dipertanding semasa pemilihan parti itu tahun depan didakwa mempunyai agenda untuk membentuk kerajaan baharu.

“Gerakan tersebut didakwa dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan politik dan mengulangi ‘tragedi’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila tiga kali bertukar kerajaan dalam sepenggal.

“Justeru, jawatan nombor satu dan dua dalam UMNO disaran tidak dipertandingkan supaya kestabilan politik serta kerajaan berkekalan.” katanya.

Ujar Jamal lagi, gejala seperti politik wang akan bermaharajalela jika berlaku pemilihan nanti.

“Saya bimbang gejala seperti politik wang akan bermaharajalela. Dengar khabar kumpulan itu akan ditaja oleh kumpulan ter­tentu untuk mengalahkan Ahmad Zahid.

“Ahmad Zahid digambarkan sebagai bebanan dalam UMNO yang bertujuan untuk membuang beliau menerusi pemilihan kali ini,’’ katanya lagi.

Beliau turut menafikan demokrasi dalam UMNO berkubur jika jawatan tersebut tidak dipertan­dingkan, sebaliknya menegaskan keutamaan ketika ini adalah kepada kestabilan dan kemaslahatan rakyat.

“Kalau tidak dipertandingkan tidak semestinya demokrasi itu tidak berjalan dalam UMNO tetapi untuk menjamin kerajaan perpaduan ini kekal (sehingga habis penggal),” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pe­nge­rusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kedudukan parti serta pentadbiran negara yang dilihat berada dalam ke­adaan stabil ketika ini tidak wajar diganggu dengan pemilihan parti yang dilihat boleh merosakkan kestabilan itu.

“UMNO telah diberikan nafas baharu dengan adanya kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Kerjasama politik ini juga suatu perkara positif bagi UMNO jika dibandingkan sekiranya UMNO bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Ini kerana dalam gabungan BN-PH, Ahli Parlimen UMNO khususnya diberikan jawatan dan portfolio penting dalam Kabinet, menunjukkan keikhlasan kerjasama itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat